
![]() |
Wednesday, 25 January 2012 | 21:58 |
0 Girly Says![]()
Bismillahirrahmanirrahim~
Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu? Indah kan bila kita boleh berpegangan tangan di hadapan semua orang? Indah kan bila kita saling meluangkan masa? Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita? “Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi). Cinta tu fitrah, Cinta tu indah. Dan lagi indahnya cinta itu, Bila ‘i love you‘ Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah! Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah, sesuatu yang indah. Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebabkan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta! Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasangan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai ‘nikah gantung’ .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber’couple’ dan bercinta dengan pasangan kita. Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam. ‘Couple’ lain semua bercinta Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah ‘Couple’ lain berpegangan tangan dan ianya berdosa Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah. Seronok kan?? “Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1). Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta, jagalah hati dan ambillah langkah seperti ‘nikah khitbah’ ini. Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi ‘couple’ dengan romantik dan halal. Indah kan? Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah Sumber: Iluvislam.com
Sebagai tambahan:
Mungkin kebanyakkan takut untuk nikah awal,salah satu sebabnya ialah takut menjadi buah mulut orang. Takut berbagai fitnah yang dilemparkan kepada kita.
Tetapi Allah berfirman sebagai ingatan kepada sekalian manusia sebelum melemparkan fitnah:
"Sungguh orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan baik, yang lengah (perempuan yang tidak pernah sekalipun teringat akan perbuatan yang keji) dan beriman, mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan mereka akan mendapat azab yang besar."
(Surah An-Nur ayat 23)
Mungkin juga takut hidup mereka yang menikah awal akan menjadi susah sebab perlu menanggung banyak keperluan. Jangan khuatir, sebab semua itu dugaan dari Allah, insyaAllah, Allah akan mempermudahkan segalanya dengan berkat kesabaran.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Mahaluas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur ayat 32)
Jika redha Allah yang diharapkan, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada semua hamba-hamba-Nya. Ingatlah, janji Allah lah yang paling benar.
Wallahualam. :)
Monday, 23 January 2012 | 12:57 |
0 Girly Says
Dengan
nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Moga penulisan dan
tiap bait kata yang tertaip adalah dalam naungan rahmat ALLAH jua.
Kerana
setiap satu yang dimiliki saat ini akan dipersoalkan semula. Pernah
suatu ketika, Saidina Ali meneguk segelas air suam. Sesudah itu beliau
berkata, “nikmat ni akan disoal.”
Bayangkan.
Oleh itu, seperlunya tiap hela nafas, denyut nadi, malah tiap kerdipan
mata yang dipinjamkan ini moga ada manfaatnya untuk kita. Mudah-mudahan,
ada jawapan yang dapat kita berikan saat dipersoalkan semula oleh Si
Dia nanti.
Lantas,
seharusnya kita sentiasa berfikir menghitung diri. Apakah yang sedang
dilakukan saat ini mampu memanfaatkan kita di akhir kelak, atau sekadar
memalukan diri di hadapan-Nya. Tika itu, tertunduklah wajah kehinaan.
Tiada lagi gunanya.
Jadi
sebelum berlakunya saat itu, perlulah kita untuk berniat dan
bercita-cita. Supaya tidak digolongkan ke dalam golongan manusia yang
sering disebutkan di dalam Al-Quran, ‘terdiam berputus asa’. Kemudian,
cita-cita dan niat itu pula perlulah dibuktikan melalui ikhlasnya hati
dalam tindakan.
Benar,
amat sukar mendidik hati. Lebih-lebih lagi untuk meletakkannya di tahap
paling ikhlas. Cukup payah. Tetapi jika kita ikhlas mengerah hati untuk
menjadi ikhlas, maka hasilnya tidak akan mengecewakan. Insya-ALLAH.
Kerana yang memegang hati kita adalah ALLAH. Dan yang tahu hati kita
juga hanya Dia. Bererti setiap usaha itu pasti di dalam pandangan-Nya.
Tidak perlu kita gusar.
Kemudian,
sedikit demi sedikit, hamba yang bersungguh mendidik hati akan mula
merasakan betapa ada ketenangan yang mula mengalir ke dalamnya. Halus,
nipis dan kecil, hingga sukar untuk dikenal pasti dari mana datangnya
ketenangan itu. Apa yang kita tahu, hati sudah mula terasa cinta untuk
mengabdikan diri pada-Nya. Bukan lagi niatnya ibadah itu kerana takut
murka-Nya. Sebaliknya kerana cinta dan rindu. Sesaat tidak berniat
mengharap redha-Nya, terasa rugi. Itulah ibadah para solihin,
insya-ALLAH.
Kemudian,
jika telah mendapatkan tenangnya hati itu, pastilah kita mahu terus
memilikinya. Ketika ini, penjagaan terhadap segumpal darah itu amat
penting. Tersilap mencatur, bimbang istighfar yang terlafaz di bibir
tidak lagi memberi kesan terhadapnya lantaran telah dibalut keras dan
hitamnya noda.
Banyak sebenarnya cara mendidik hati. Dan salah satunya adalah dengan menjaga hati hamba ALLAH yang memandang kita.
‘Jaga mata hati sendiri dengan menjaga mata hati orang lain,’ kata seorang sahabat saya.
Penting
sebenarnya perkara ini, kerana hati itu pasangannya hati juga. Jika
kita menyampaikan dengan hati, maka yang akan menerimanya juga adalah
hati. Jika kita mendidik dengan hati, maka yang akan terdidik adalah
hati. Baik hati sendiri, mahupun hati mereka. Jika kita menyampaikan
untuk menyakitkan hati, maka yang akan terluka juga adalah hati. Tidak
lari ke mana, kerana itu aturan-Nya.
Jadi,
terfikir sebenarnya sesuatu. Mengapa adakalanya, kita telah berniat
untuk menjaga maruah diri. Tetapi tetap juga diganggu. Tetap juga ada
yang masih terkotor hati melihat kita. Masih juga ada yang tidak
menghormati pendirian kita. Tidak cukup sempurnakah pemakaian? Tidak
cukup terjagakah penampilan? Aneh sebenarnya perkara ini. Dan kita
semestinya akan terus membawa hati dan akal untuk berfikir mengenainya.
Jawapan sebenarnya telah lama ALLAH berikan...
Setiap
dari kita adalah da’ie, bukan? Yakni, sesiapa saja yang mengaku ALLAH
satu-satunya Tuhan, dan Muhammad itu utusan-Nya, maka gelaran da’ie itu
adalah miliknya. Dan da’ie pastilah hebat pemikirannya. Maka, kehebatan
ini sepatutnya menjadikan kita lebih sedar.
Sebenarnya
hidup seharian ini adakala membuatkan kita terlepas pandang perkara
kecil. Sedangkan perkara kecil tersebut mampu memberi kesan besar. Dalam
penjagaan perilaku contohnya. Kita fikir keramahan yang kita pamerkan
itu hanyalah perkara biasa. Hakikatnya, keramahan itulah yang berpotensi
mengotorkan hati-hati lain. Terutama terhadap dia yang lawan jantina.
Barangkali dia tidak memberitahu bahawa hatinya telah tersentuh dek
kemesraan kita. Dan kita terus menganggapnya perkara biasa. Terus
bergelak ketawa dengan niat, ada batasnya.
Tahu-tahu
sahaja dia meminta cinta. Pasti saja hati beristighfar panjang saat
itu. Kemudian tertanya, “apa lagi yang perlu aku jaga, ya ALLAH?”
Di
pinggir jalan, sengaja ketawa kemalu-maluan sewaktu berbual dengan
teman sejantina dengan hasrat mahu dia menyedari indahnya seorang
muslimah. Suara yang sememangnya telah lembut itu kedengaran sangat
menusuk hati. Na’uzubillah. Itulah hati.
Jangan
buatkan mereka yang memandang kita jadi kotor hatinya. Jika kita mahu
jauh dari fitnah, berfikir dan bertindaklah ke arah niat tersebut.
Jangan menyerah diri terhadap fitnah itu. Bersama-sama kita betulkan
niat. Tidak mungkin ALLAH tidak mengerti niat hamba-Nya sendiri. Jika
benar kita mengharapkan berlakunya sesuatu perkara, biasanya kita akan
mendapatkannya. Sebagai contoh, kita benar-benar mahu jauh dari gangguan
fitnah. Maka apa yang akan kita lakukan?
Tentu-tentu
saja kita akan berusaha hingga tejaga hati mereka yang melihat kita.
Ingat, kita bukan saja mendidik hati kita, malah hati mereka yang
memandang kita juga. Didiklah hati mereka, bukan dikotorkan.
Barangkali kita akan menuduh, ‘mereka yang tidak menjaga pandangan!’
Tapi,
ukht. Kita wanita. Adik lelaki saya pernah melakukan sedikit kaji
selidik. Katanya, lelaki menganggap semua wanita adalah cantik. Yang
membezakan hanyalah cantik banyak atau sedikit. Itu saja. Lantas walau
siapapun kita di hadapan cermin, yakinlah bahawa kita sebenarnya telah
diciptakan sangat indah. Bersyukurlah dan buktikan kesyukuran itu.
Kita
perlu jaga amanah ‘kecantikan’ ini. Jangan sampai Adam tersungkur.
Perlu juga kita jaga keindahan ini, jangan sampai Hawa lain iri hati.
Harusnya, di dalam hati ada tekad yang sangat utuh dan mendalam.
Fahamilah betapa bertuahnya seorang lelaki, bila beristerikan wanita
yang mengkhususkan dirinya untuk tatapan si suami semata.
Merekalah
satu-satunya lelaki asing yang sudi menghargai kita dengan sebuah
mahar, sudi menanggung dosa kita, memikul betapa perit dan susahnya
meluruskan tulang yang bengkok ini, menerima seadanya kekurangan kita.
Mereka saja, ukht. Tidak ada lelaki asing lain, percayalah. Jika tidak,
masakan dia jodoh kita. Masakan dia berani berdepan ibu ayah kita.
Beranikah lelaki yang tidak layak, bertemu orang tua kita untuk
mengambil anak perempuan yang dijaga dan dididik sekian lama? Pada
siapakah dianugerahkan keberanian itu jika bukan pada dia yang telah
ditakdirkan buat kita?
Jadi,
layakkah kita samakan dia dengan lelaki lain? Yang tidak pernah mahu
menghargai kita, tidak ada sebarang mahar untuk memiliki cantiknya kita.
Sanggup kita beri percuma pada mereka, sedangkan suami sendiri yang
seharusnya kita cinta dan sanjung juga perlu membayar untuknya?
Wajah
yang sepatutnya dia tatap untuk jadi penyejuk hati, suara yang
sepatutnya dia dengar bila saja resah, kemanjaan yang sepatutnya dia
saja rasai setiap kali mahu menyayangi dan disayangi, kelembutan yang
sepatutnya membelai dia saat keras hatinya... adakah layak dikongsi
dengan mereka yang tiada sebarang tanggungjawab terhadap kita?
Kita
mahu suami soleh sebagai pembimbing, tapi kita sendiri gagal membimbing
diri. Perlu kita ingat. Suami juga seorang manusia seperti kita. Mereka
pelengkap kita, kita pelengkap mereka dan mereka takkan pernah lengkap
tanpa kita. Masakan mereka sempurna tanpa sebarang cacat-cela.
Jadi
kelebihan kita yang akan menutup kekurangan itu. Indahnya jika hidup
saling membina. Bila kita di bawah, suami hulur tangan. Bangkit. Tapi
bila suami di bawah, dan tika itu kita sendiri tiada kemampuan
membimbing dan membantu, lantas bagaimana? Layakkah balasan itu untuk
seorang suami?
ALLAH
Maha Adil. Masakan mahu ALLAH padankan seorang Adam yang soleh, yang
telah sedaya upaya menjaga hati dan cintanya dengan Hawa yang sangat
jauh rendahnya tahap taqwa. Tiada yang mustahil bagi ALLAH untuk
memautkan hati mereka terhadap Hawa ‘sebegitu’, tapi ALLAH sangat malu
untuk tidak memakbulkan doa hamba, lebih-lebih lagi yang soleh. Lelaki
soleh pula pasti mendoakan jodohnya dengan wanita solehah. Maka...
bagaimana penyudahnya. Kita mampu berfikir, insya-ALLAH.
Apapun,
bukanlah iktikad kita dalam menjaga hati, diri dan maruah kerana mahu
memiliki lelaki soleh. Tanpa lelaki soleh, sepatutnya kita tetap tegar
menjejak cinta dan keampunan ALLAH. Itu paling utama.
Wallahu’alam.
Thursday, 12 January 2012 | 02:24 |
0 Girly Says
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumah putrinya Sayyidah Fathimah. Ketika itu, Fathimah sudah siap-siap berbaring untuk tidur. Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Fathimah putriku, Lâ Tanâmi : Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum Mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.” YANG PERTAMA ; - MENGKHATAMKAN AL - QURAN. Fathimah bertanya, “Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?” Rasulullah saw menjawab, “Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.” ( Yang dimaksud dengan Qul huwallâhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas ) YANG KEDUA ; - MEMPEROLEHI SYAFAAT DARI PARA NABI ( BERSELAWAT KEATAS NABI ). Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, “Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat: “Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ shalayta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim. Allâhumma bârik ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ bârakta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim fil ‘âlamina innaka hamîdun majîd.” ( sekurang - kurangnya " ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD " ) YANG KETIGA : - MEMBUAT HATI PARA KAUM MU'MININ & MU'MINAT SENANG DAN REDHA KEPADAMU ( BERISTIGHFAR ). “Kemudian supaya kamu memperoleh rasa ridha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga ridha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.” Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur. Apabila kita amalkan istighfar itu sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. Istighfar kita, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita. Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita. YANG TERAKHIR : - MELAKUKAN HAJI & UMRAH Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, “Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah.” Bagaimana caranya? Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.” Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah (cuek), tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir. Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, niscaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah. ■ KESIMPULAN : - 1 ) Baca Surah Al - Ikhlas sebanyak ( 3x ) 2 ) Selawat Ke Atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam ( sekurangnya 3x ) 3 ) Istighfar ( sekurangnya 3x ) 4) Membaca " SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR " ( sekurangnya 3x ) Wallahu 'Alam =) Friday, 6 January 2012 | 19:24 |
0 Girly Says
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Dimalam macam biasa, di Brunei Hall ada majlis membaca yaasiin and membaca tahlil. Before atu, durang solat jemaah Isyak den ada sedikit ceramah yang disampaikan ustaz.
Satu perkara yang menarik yang ustaz kongsikan ialah faedah membaca tasbih sebelum tidur. Selalu tani, especially if tani ngaleh, ampai badan atas katil, tarus bekuruh tidur.
Tapi sebaiknya, disamping membaca doa sebelum tidur iaitu:
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bermaksud : "Dengan nama-Mu Ya Allah aku hidup dan mati."
Tani digalakkan membaca tasbih:
Subhanallah 33X
Alhamdulillah 33X
Allahuakbar 34X
Disuruh jua tani membaca Bismillah 21X
Aku mula-mula bila tau pasal ani dalam hatiku rasa "lecehla~". Sebab apanah?Sebab aku inda tau akan kebaikan dengan membaca tasbih ani.
Kebaikannya ialah dengan membaca tasbih ani, ia seolah-olah meluruskan urat-urat saraf tani sebelum tidur. Selalu before tani tidur, selalu ngaleh banar-banar, sengal-sengal badan. Kalau kana urutkan nyamanne~ hehe
Tapi insyaAllah dengan membaca tasbih ani, dengan kehendak dan kuasa Allah, ia dapat meluruskan urat-urat saraf tani and seterusnya bangun pagi atu rasa cergas :)
Btw doa bangun tidur ialah:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Bermaksud : "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan hanya kepada Allah akan bangkit."
Wallahualam bisawab.
Salam :)
**Please correct me if I am wrong, Tq~ | 05:53 |
0 Girly Says
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Liat dari title, Astaghfirullah. Bahapa ya anak ani?
hehe
Indabah, aku slalu f bali online dari amazon, yata kalinya ada sekali ani ia bagi voucher bali wine 40 pounds. Den dri website aku bali train ticket, durang bagi aku voucher wine 40 pounds jua. Banyak juatu kan?
Eyp~ Jangan sangka bukan-bukan. Langsung nada niat dalam hati kan membali wine. Baha~pa~ hehe
Tapi ada jua tepikir kalau ditukar jadi cash bulih kah ah?Kali liat di belakang voucher atu, tulisan damit ya, inda dapat tukar jadi cash katanya. Macam tau-tau saja hehe
Den pikir-pikir, kalau ku jual ja arah non-muslims dapat jua sedikit untung, 20 pounds pun jaditah niat di hati ani. Tapi takut jua macam seolah-olah menjual wine. Den tepikir jua kan bagi saja free arah non-muslims voucher ani.
Bingung ni, bingung~~
Den, baik jua ada nombor ustaz di Brunei Hall. Ku msg tah ustaz ani, betanyakan hal ani. Ku bagitau lah aku dpt voucher 40 pounds dua buting. Bulih kah aku jual voucher ani or bagi free saja arah non-muslims.
Jawapan ustaz,"Di jual voucher atu seolah-olah menjual arak. Di bagi free seolah-olah tani menggalakkan durang minum." Ringkas tapi padat jawapan ustaz.
Den ku tanya lagila, "so dibuang sajala tu ustaz?"
Ustaz jawab,"Kalau kan di simpan nada jua faedahnya."
Den ku buanglah voucher-voucher atu. hehe
Tapi harini dugaan lagi. Aku bali beg dari amazon ani, kalinya kana selitkan dalam boxnya voucher wine, bukan lagi 40 pounds, tapi 60 pounds.
Astaghfirullahal adzim~~
Tarus masuk dalam tong sampah voucher ani
hehe so kepada sesiapa yang ada menerima voucher ani, buang sajala k?
Jangan jual, bagi free apatah lagi membali wine.
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai arak hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
“Allah telah melaknat minuman arak, peminumnya, penuangnya,penjualnya, pembelinya, pemerahnya (sama ada untuk dirinya atau orang lain),orang yang meminta ia diperah (sama ada untuk dirinya atau orang lain),pembawanya dan orang diminta ia dibawa kepadanya.”
Wallahualam bisawab~
Salam :)
**luruskan apa yang salah ah hee tq :) Tuesday, 3 January 2012 | 20:36 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly Says
How do you like my new background? I have been editing it for a few days haha well this is the first time I edit my background using skins from www.blogskins.com.
Ka,indapapa, udah ku edit sendiri. Sanang rupanya, baru ku tau haha :P Agatah focus untuk exam.
SEMOGA BERJAYA
Aku ni inda batah lagi skulah. Less than a week lagi my cuti *sob sob
Den den exam :/
Ah well, usaha dan tawakkalla,insyaAllah aku akan buat yang terbai.
Salam :) Friday, 2 December 2011 | 04:43 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly SaysIngat ku masih masa pekampungan sivik yang aku ikut tym summer holiday taun ani. Aku suka lah, inda ku tau urang lain. Banyak pekara yang ku pelajari. Yang aku mau highlight kan dalam post ani ialah nasihat dari Mufti Kerajaan Brunei. Mufti bepadah supaya bepegang kuat dengan sahsiah kitani. Jangan berubah walau bagaimanapun keadaan tempat tani berada. Ambil yang baik, macam ilmu durang. Yang negatif, jauhkan. Tani diberikan Allah akal untuk berfikir, untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kebanyakkan urg, mungkin temasuk aku sendiri, tau pekara atu inda baik, tapi masih buat. Memang nafsu, hasutan syaitan. Pekara ani yang bahaya, sebab tani inda nampak. Kuatkan hati supaya cuba jauhkn segala benda-benda yang inda baik ani, minta kepada Allah supaya di kuatkn hati tani, tetap beriman dan bertakwa kepada Allah. Tegelincir sedikit dari apa yang patut aku kan cakapkan sebenarnya. Tapi inda mengapa, masih ada poin nya hehe anyways, satu perkara yang benar-benar merakat dalam ingatanku yang Mufti ada menasihat kan kami. Iaitu hargai ibubapa kitani. Macam mana? Sebagai contoh, yang Mufti ada bagi masaritu. Ada pelajar PhD ani membuat tesis lah kan, so bapa mamanya mau tau apa yang dibuatnya, so durang betnya, pasal apa projek or tesis yang kau buat ani lai? Kebanyakkan tani malas kan bepanjang lebar kan mengexplain, so tani simply beckap dengan nada yang annoyed, "pasal anu bah, inda jua kita tau tu." Tani inda tepikir perasaan durang. Durang sudahtah tepaksa bejauhan sama tani, durang ibubapa tani ingaukan tani, banar-banar mau tau pasal tani, durang mau tau apa yang tani buat, pasal durang care pasal tani. Tapi tani?Apa tani buat? Iatah kata Mufti, cuba explain sedikit-sedikit. Walaupun tah durang inda paham, tapi at least tani cuba explain arah durang supaya durang rasa di hargai. Perkara ani membuka mataku, pasal aku, tidak tekecuali, pernah buat cemani. InsyaAllah aku akan perbaiki diriku. Aku banar-banar rindu family ku, kucing ku, smua pasal brunei. Kan setiap hari ku ingatkan durang. Mengalir jua air mata ani ulih nya ehe Kalau buleh tah kan balik Brunei cuti ani. Tapi duit inda luan membenarkan ehe indapapala berkorban tah tani. Besabar, summer inda batah lagi, sabar~ *menyaman kan hati hehe * KUATKAN HATI KU YA ALLAH!!! Sunday, 27 November 2011 | 20:00 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly SaysSalam ma'al hijrah buat semua. Syukur kehadrat Allah, tani dipanjangkan umur, diberi peluang untuk memperbaiki diri tani menjadi hamba Allah yang lebih baik :) Malam 1 Muharam atu, aku skype sama my other half. Mula-mula mengucapkan Ma'al hijrah. Den ia ingatkan, apa ada ari ni. Den baru teclick. Our anniversary ke 4 tahun. Hehe cali, inda ingat~ sori ah..tq for reminding me :) Semoga hubungan tani sampai kejinjang pelamin, dan sampai selama-lamanya. Terima kasih sebab menerima diri ini apa adanya, memberi nasihat untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, memberi kekuatan kepada diri ani dan menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri ani. Walau apapun yang terjadi, aku tetap redha dengan keputusan Allah. Apa yang aku mampu lakukan ialah berdoa semoga Allah memanjangkan hubungan tani, memelihara diri tani dari perkara yang tidak diingini, hinggalah tani menjadi halal untuk satu dengan yang lain. Semoga hubungan tani berkekalan hingga selama-lamanya dengan berkat kesabaran, tawakkal dan doa kepada Allah. Amin-amin Yarobbal'alamin. | 19:51 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly Says**Dipetik dari www.kisahwanita.com** Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” ![]()
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia
tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada
suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa
perempuan mudah menangis?”
Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. “Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. “Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. “Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.” sumber: tentangcinta.com Monday, 21 November 2011 | 01:22 |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly SaysJust got back from watching Breaking Dawn Part 1. The movie was incredible, I would rate it 9 out of 10. Where is the other mark? I am telling you this; I ATE it. Joking. Well, I would like the movie to be continuous. Now I have to wait for the second part. *sigh* To tell you the truth, I cried in the cinema. It was such a good movie, as if I could feel when Bella was writhing in pain and how Edward disbelieving Bella's death and was trying very hard to save Bella. I could see and feel how Edward love Bella so much :'( I think I will blog weekly (hopefully). I am just too lazy to type in my stories, then upload pictures. I am not a person with lots of words to say. I will talk a lot usually if I am injected with excitement. Most of the time, I would just keep it to myself, embrace it and done. Enough talking. Here comes the pictures of my half-term. I know it is already too late. Just bear with me. Jalilah, Afif and I went to visit Meelin in Bristol during the holiday. Faye was not there to go with us because of train problems. Overall, it was fun. :) We ate at Gourmet Burger Kitchen (spelling?) or GBK for short. The burger which I ordered was yummy~ hehe I like the pepsi too. Of course no difference in taste, I just like the bottle.
Mostly I took their photos. Although it was just a simple night, but it was the best one. Spending time with your friends, being silly and talk about random stuff. That's all for tonight. Got to get cracking with my work now. Thank you for reading :) Monday, 14 November 2011 | 04:54 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :) 0 Girly SaysHi bah, hi ma, hi ka, hi mit (selurukan kaka :p jgn mare~) Alhamdulillah aku ada mood memblogging harini, macam siuk jua meliat kakaku mempost gambar pendah, becerita kisahnya. Yang membagi ku malas, blog ku inda lawa. Ka, buleh kau tulung usaikan blog ku jadi lawa macam yours?hehe anyways, alhamdulillah, today im gonna post pictures from my camera!!!! :) although i should've taken some pictures from Jalilah before I post anything so that I wouldn't miss anything. I'll just post whatever I have with me. Kami ke Sherlock Holmes Museum in Baker Street London. Aku expect basar ni pasal from the word museum. Actually not necessarily pulang. Anyways, let the pictures do the talking, shall we? :)
that's all for today. Salam :) |